Silau cahaya lampu menerjah mata saya,baru saya celik sedikit,silaunya buat mata saya perit. Dengan mata yang saya cuma buka sedikit,saya lihat dia sedang bercermin,sisir rambut dan memakai pomade. Saya kerling jam dinding,baru 7.00am. Hari ini hari Sabtu. Saya cuti hari ini,tapi dia kerja.
Saya pejam semula,ambil bantal tutup muka. Baru nak lena semula,saya dengar dia tepuk perlahan punggung saya. Dia maklumkan sudah mahu berangkat ke tempat kerja. Saya iyakan saja. Dia tarik pula bantal di wajah saya. Saya mengeluh rimas diganggu. Dia cium lembut pipi saya. Saya meraba gapai tangannya,dengan mata terpejam saya bawa tangannya ke wajah,cium lama,ikhlas.
“Eee babe,air liur basi,” Saya dengar dia ketawa. Saya tahu dia tipu. Mana ada air liur basi. Dia bisikkan saya,sleep tight. Kemudian saya dengar dia tutup pintu bilik. Saya dengar dia tutup pintu rumah. Saya dengar dia tarik grill pintu. Dan deruman enjin kenderaannya.
Sebelum saya kembali terlena dalam gelap langsir blackoutnya,dalam dingin udara aircondnya. Saya terjaga jam 9.00 pagi. Puas saya tidur. Saya bangun betulkan urat. Sakitnya badan saya. Lenguh memandu tadi malam,lenguh kerja keras. Saya ikat rambut panjang saya. Capai telefon dan baca message di iphone.
Saya bangun dan selak langsir. Cerahnya. Saya ambil bakul baju kotornya,ambil juga baju kotor saya bawa ke mesin di dapur. Saya masukkan baju ke mesin basuh,tuang detergen dan tinggalkan lalu masuk semula ke bilik dan kemaskan tempat tidur.
Setelah beberapa minit saya termenung loading mood,saya ambil keputusan untuk mandi. Selesai mandi saya berpakaian. Saya sikat rambut di depan cermin. Saya lihat cincin saya,sudah dia simpan dalam bekas baldu. Selalu dia leterkan saya,letak barang kemas selalu cincai.
Tak lama saya dengar bunyi pagar dibuka. Saya intai di tingkap. Lihat dia sudah balik. Dia parking kereta dalam garaj dan masuk ke rumah. Saya dengar dia beri salam,masuk ke dalam dan terus ke dapur.
Bawa pulang sarapan. Mi wantan kegemaran saya. Dan kueyteow goreng untuk dia. Pantas dia pindahkan semua ke pinggan dan panggil saya bersarapan pagi. Dia suruh saya makan sambil dia buatkan saya air milo panas.
“Tak kerja?” Soal saya terperanjat.
“Kerja,pukul 12 kena naik Cameron. Itu saya balik makan dengan awak dulu,” Jelasnya.
Saya angguk tanda faham. Dia duduk sebelah saya,menyuap kueyteow guna chopstick ke mulutnya. Dia cedok sedikit kuah mi wantan saya. Selalunya pagi saya hantar dia ke pejabat,sebelum dia masuk kerja kami sarapan sama-sama di kedai. Tapi hari ini melihatkan saya tidur tak berkutik,malah dia kejutkan saya solat subuh pun saya tak bergerak,tak sampai hati dia mahu berkeras.
Saya makan perlahan. Saya pandang wajahnya. Sebelah tangannya pegang tangan saya. Saya balas lembut. Dia tersenyum,malu alah dua-dua. Dia suapkan saya kueyteow goreng. Saya habiskan mi wantan saya,kemudian minum air milo dalam cawan.
Saya ingat lagi mula-mula dia bawa saya makan mi wantan. Halal ke? Saya sedikit ragu melihat kedai makan itu macam kedai cina. Tapi melihat beberapa orang lagi kawan sekerjanya turut bersarapan di tempat sama buat saya yakin. Selepas itu saya tidak minta benda lain lagi setiap kali sarapan,mahu mi wantan saja.
Saya bawa pinggan mangkuk kotor ke sinki dan bersihkan. Dia ke bilik air. Keluar bilik air,dia ambil baju dari mesin basuh angkat ke dalam bakul.
“Eh jangan,nanti saya buat,” Larang saya segera.
Dia pekakkan telinga dengar larangan saya. Pantas saja dia ke laman,sidaikan baju dia dan saya. Saya keluar duduk di bangku batu di beranda. Nampak comel pula dia buat kerja rumah,dengan pakai kemeja kerjanya. Saya tersenyum sendiri. Dia pandang saya,kenyitkan matanya. Nakal.
Beginilah sejak berbulan lalu,dia ambil hati saya. Dia curi hati saya. Sampai tak tinggal sisa. Layan saya macam puteri. Bayarkan saya serba serbi. Sakitkan hati saya jarang sekali. Manalah saya tak jatuh hati.
Dia hulurkan saya bakul kosong,saya ambil bawa ke dalam. Saya duduk di sofa,dia duduk sebelah saya. Saya dakap tubuhnya,erat. Sama seperti tadi malam,semalaman saya lena atas dadanya. Rindu. Jarang jumpa,bila jumpa saya tak mahu ke mana,mahunya begini saja.
“Awak ada nak ke mana harini?” Soalnya kepada saya.
“Nak shopping,boleh?” Saya sudah berkira-kira mahu membeli belah di mall favourite saya. Saya baru gaji. Sudah berangan itu ini.
“Tunggu saya habis kerja kita pergi,boleh?” Soalnya lagi kepada saya.
Saya mencebik hampa. Sudahlah harini dia kerja luar kawasan. Entah jam berapa dia balik saya tak tahu.
“Boleh tak? Saya rasa petang saya dah balik. Boleh ya? Saya risau awak shopping sendiri,” Pujuknya lembut.
“Janji balik awal?” Saya sedikit teruja.
“Iya janji,in sha Allah saya usahakan balik awal,” Balasnya kembali,dia dekatkan jari kelingking ke tangan saya,tanda berjanji. Saya sambut dan tautkan jarinya dengan saya. Jari lentiknya. Jari panjang-panjang yang berurat hijau,persis yang saya inginkan.
Dia dakap erat tubuh saya. Saya sembam muka atas dada sasanya. Dia kerling jam di tangan. Sudah tiba masa kembali ke pejabat. Saya akur.
Saya hantar kepergiannya di pintu rumah. Dia sudah masuk kereta,tapi keluar semula dengan plastik di tangan. Ada ayam mentah. Lupa mahu bawa masuk katanya,dia suruh saya masak sendiri makan tengahari jika lapar. Saya tersenyum,lucu. Boleh pula ayam dia tinggal dalam kereta. Nasib tak busuk.
Saya tutup pintu rumah setelah dia hilang dari pandangan. Ayam saya bawa ke sinki,mahu basuh bersih. Nanti petang saya mahu perap dan bakar dalam airfryer saja. Mudah.
Hari cuti yang saya tidak ke mana. Sekadar di rumah,vacuum lantai,tonton movie. Saya kemaskan dapurnya. Ada set pinggan mangkuk corak ayam. Awalnya saya beli dua pinggan saja dulu. Bila saya datang minggu berikutnya,sudah bertambah lengkap semua,ada mangkuk,ada sudu,ada gelas. Pandai dia ambil hati saya,dia cari tahu minat saya.
Saya perap ayam dengan blackpaper,kemudian saya masukkan saja dalam airfyer. Tak lama iphone saya berdering,dia video call saya. Saya tekan hijau.
Dia tanya saya buat apa. Saya masak. Kami sama-sama ketawa bila dia tegur,nasi saya lupa masak. Balik cepat tau,pesan saya manja. Dia sambut pesanan saya sebelum matikan talian.
Saya makan sendiri di meja,sambil tonton movie. Selesai makan bunyi guruh berdentum di langit. Teringat saya kain baju di ampaian. Bergegas saya bawa bakul dan kutip semua. Hujan sudah mulai rintik,mujur belum lebat.
Saya uruskan kain bajunya. Bajunya mudah saja,gantung semua. Tinggal terbalikkan semula dan hangerkan saja. Hujan mulai lebat di luar. Saya selesaikan kain baju sebelum saya terlelap di sofa.
Saya terjaga bila dengar bunyi grill bergeser. Saya lihat dia di muka pintu,beri salam dan terus menuju saya di sofa. Di tangannya ada bunga dan asparagus. Bunga ros,asparagus. Dua-dua kegemaran saya jika ke Cameron Highland. Saya lihat jam,sudah hampir maghrib.
Dia duduk sebelah saya,rapat. Belai rambut saya. Cium dahi saya. Kemudian beransur baring di peha saya. Saya belai rambut lebatnya. Dia pejam mata. Keningnya hitam lebat. Bulu matanya melentik. Bibirnya merah,pipinya merah. Merah semulajadi. Lelaki memang tak perlu try hard,naturally perfect. Saya picit belakangnya,dia mengeluh lega.
“Terima kasih,” Ucapnya ringkas.
“Kenapa?” Soal saya kaget.
“Tolong lipat baju. Tolong picit saya. Hilangkan penat saya lepas balik kerja,” Ucapnya lagi sambil tersenyum.
Saya ketawa sepatah. Lama dia pejam. Hampir dia terlena. Dia cium perut saya. Kemudian bingkas bangun dan ajak saya mandi. Dia mahu bawa saya ke mall nanti.
Lekas-lekas dia ambil bajunya,simpan di almari. Kemudian dia segera mandi,sambil saya gosok tudung di iron board. Selesai dia mandi,saya pula ke bilik air. Selepas kami solat maghrib,saya berpakaian.
Dia puji body saya. Cantik katanya. Ada curves. Ini bukan kali pertama. Rasanya setiap kali dia lihat body saya,tiap kali itulah dia memuji. Iya,saya workout sekarang. Tiap hari workout.
Saya pakai sweatshirt saja,dengan jeans bootcut. Dia bawa saya ke mall. Tidaklah lama saya di mall memandangkan saya sudah ada target mahu beli apa,saya tidak ambil masa lama mahu berlegar tanpa tujuan.
Saya masuk Charles & Keith. Mahu lihat handbag. Dua hati juga saya mahu buat pilihan. Dia bantu saya,dan saya setuju yang putih itu. Saya setuju pilihannya. Semasa di kaunter,dia terlebih dahulu bayarkan guna kadnya. Terbuntang mata saya memandang dia,dia senyum saja.
Saya cubit lembut lengannya. Dia ambil paperbag atas kaunter dan ambil tangan saya keluar outlet.
“Terima kasih,” Ucap saya malu-malu.
“Sama-sama..Ada nak apa-apa lagi?”
Saya geleng. Sudah cukup,sudah mahu pulang. Dia akur dan kami keluar mall. Dia bawa saya pusing di bandar. Bandar yang bukan asing untuk saya,cuma tak sangka sekarang dah jadi rumah kedua.
Kami sampai di rumah. Dia bantu saya keluarkan barang yang tadi saya beli masuk ke dalam. Kemudian dia ke dapur,makan nasi dengan lauk yang saya masak tadi siang. Sedap,katanya.
Saya tak makan malam,sekadar temankannya di meja. Bertanyakan soal kerjanya. Dia soalkan saya tentang hari saya. Hari cuti yang sepenuhnya terbaring.
Selesai makan dia tonton tv di sofa. Saya solat isyak sebelum ikut menonton juga. Dia malapkan lampu,tinggal lampu dapur. Saya rebah atas dadanya.
Kami sempat berbual dan bercanda,terkekeh ketawa. Tak sedar bila saya terlena. Dia kejutkan saya tengah malam selepas habis filem yang ditonton,ajak saya ke bilik. Erat dia peluk saya.
Saya pakai t shirt dan seluar jeans pendek sekerat peha. Dia pakai boxer saja. Pakaian rasmi tidur. Dia rapatkan tubuhnya dengan belakang tubuh saya. Rasa tangannya di pinggang saya. Saya dengar nafasnya di leher saya,nafas yang mulai liar dan lari aturan.
Dia kejutkan saya bersahur jam 5 pagi. Saya malas-malas bangun. Kutip baju seluar di lantai. Saya berpakaian dan keluar ke dapur. Sudah dia siapkan semua. Sahur pertama saya dengannya. Puasa pertama saya dengannya.
“Niat puasa dulu biy,” Pesannya kepada saya,tersenyum.
Saya angguk perlahan dan lafazkan niat di hadapannya.
Saya makan nasi dengan sardin yang dia siapkan. Ada telur masin juga. Ada asparagus yang dia belikan semalam. Masha-allah. Saya rasa malu. Sepatutnya saya yang bangun sediakan semuanya. Saya yang tidur tak sedar apa,langsung tak dengar dia bangun masak. Tak apa,katanya.
Selesai makan,saya kemaskan dapur. Saya mandi,solat subuh dan kemaskan backpack. Saya berpakaian,bersolek. Dia bantu saya mengemas,bantu saya simpan barang dalam kereta,bantu saya panaskan enjin kereta.
Siap semua,saya minta diri mahu pulang. Mahu terus masuk kerja jam 8 nanti. Hari masih gelap,sayu rasa hati mahu berpisah. Dia hantarkan kepergian saya di pagar rumah. Saya salam tangan sasanya,dia raih saya dalam pelukannya.
“Selamat berpuasa,baby,” Bisiknya lembut.
“You too sayang. Selamat berpuasa,” Saya balas ucapannya. Tersenyum. Sebak mula bertandang.
Lama dia peluk saya. Saya menangis. Dia gosok belakang saya. Tiap kali mahu balik,inilah yang berlaku. Bukan baru sekali dua. Berkali-kali. Dan setiap kali itulah dia memujuk saya,dan dia menangis juga.
Saya masuk kereta,mulakan pemanduan dengan bacaan bismillah. Air mata masih bergenang. Berat rasa mahu berpisah. Apakan daya. Till we meet again sayang. Loveyou.
No comments:
Post a Comment